sejak aku kerja kat PENANG ni... banyak benda baru yang aku discover... macam2 isu semasa yang tak byk org tau, aku tau lebih awal... biasa la kerja kan. xperlu cerita la kerja apa.
Btw, Ada sorang mamat nih... aku taktau sbnaQnya dia kerja apa... aku taktau sbnaQnya dia ni bukak bisnes restoran ka apa ka kat PENANG ni... tapi secara peribadinya, aku berpendapat yang dia ni aneh.
Terlalu takdak apa nk dibuat sampai membuang masa menyusahkan orang lain dan dia ni berjaya menjadi 'attention seeker' yg disegani ramai puak2 dia.
Bermula sejak sebelum '9 Julai' hari tu, brader ni block jambatan Pulau Pinang, buat mcm jambatan pak dia... petang Jumaat, dah la traffic mmg kaw kaw sesak. abih semua orang sangkut atas jambatan, yang nk balik rumah setelah penat bekerja, dan yang tengah rush nk pi kerja utk shif malam... semua tension termasuk la aku.
Aku bukan nak sembang politik, tapi aku nak sembang mengenai perjuangan hak aku untuk hidup tenang tanpa diganggu anasir2 xdak otak ni. Lagi pon aku mana pnah ganggu depa yang depa nak ganggu aku sangat pasaipa tatau.
Dan sebelum '9 Julai' jugak la mamat/k ni menimbulkan kekecohan besar besaran dia KOMTAR ... time tu mmg satu PENANG jem beb... skali lagi aku masok opis lambat... cilaka...
Seterusnya, mamat/k ni jugak la(aku rasa puak2 dia la.. kalo silap mintak maaf) letak anak babi, itik dan iguana dalam sebuah beg... dan ditinggalkan di komtar... orang smua cuak.. igt kot ada bom kat dlm beg tu... gila kot..! tu smua tanda protes terhadap pihak yang bertanggungjawab buat bagi dia marah...
Pastu, dia ni jugak laaaaa yang pi KOMTAR skali lagi, bawak coli dan sluar dalam bercorak leopard.. tanda protes terhadap pihak tertentu.... gila buat malu weh... Orang Islam yang jatuhkan maruah agama sendiri, tapi kalau dia nk jatuhkan maruah bangsa dia ... tu dia punya pasal lah..
Rilek.. tak abih lagi... paling latest la kalau tak silap aku.. minggu lepas, dia mai ofis aku... protes... buat pembakaran terbuka... bukan dia sorang, ada la lagi puak2 dia dlm 10 org mai buat kecoh.. wehhhhh orang nk p kerja wehhhhh..... mai dok buat perhimpunan haramjadah tang ni watpa... adoi..
OK... cuba pkiaQ balik, kalau la mamat/k ni spend masa dia buat semua tu dengan perkara2 yang lebih bermanfaat kan baguih? contohnya, dia bleh pi bukak perniagaan restorang nasi kandaQ yg baru ka... pi masjid ka... tak pon, pi tolong orang susah bagi jadi senang... bukan susahkan orang yang tengah senang...
Kononnya dia kata dia ni wakil suara orang2 Malaysia la... tapi hakikatnya aku malu nak ngaku aku orang Malaysia sebab dia dia dah burukkan imej orang Malaysia tu sendiri... PENANG tu negeri byk tourist weh.. cuba pkiaQ sama.. malu la kat orang luaQ..
Kesimpulannya, orang berpolitik sebab nak menyenangkan orang lain, kita ni jangan la terpengaruh dengan orang2 politik sampai menyusahkan orang lain...
Aku sangat FADE UP dengan permainan duniawi ni...
Sunday, August 21, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)